aku masih di sini

assalamualaikum...

ketuk2 pintu rumah sendiri...tak pandai melangkah..tak pandai berbicara..

lama sungguh tak menjengah blog....kawan2 blogger tah ke mana...masih ingatkah pada empunya blog ni? :)

banyak cerita banyak masa yang diguna...

sejak pandai busy, aku hanya jadi tukang skodeng entry orang, buka tutup windows...rasa tak serasi nak mengarang macam dulu-dulu...

apa2 pon syukur dengan nikmat kehidupan....satu persatu nikmat yang DIA anugerahkan walaupun "lambat"..




banyak perkara yang sedang aku usahakan...untuk kehidupan dan kerjaya...moga semuanya dipermudahkan..

semuanya "bakal" ku hadapi...dengan langkah satu persatu disusun..tak semua orang akan dapat mengecapi impian dengan mudah...ya...aku tersenarai antara calon yang harus gigih untuk hadapi kehidupan lain...

sedih, marah mak ayah, diri sendiri...semuanya aku sedang rasai...belum dinilai pada sudut menanti, bersabar...

TQ**maaf diatas penggunaan AKU bagi yang lebih berusia

diari berkunci

last update: 2 months ago (more/ less)

--------------------------------------------------------------------------
hadiah dari mak sempena kejayaan dapat masuk IPG 2011

terbelek diari lama...tiada tulisan dan dakwat...yang ada cuma tarikh- tarikh tanpa secalit catatan.. dulu, satu masa yang kurang matang, satu masa yang kurang dengan segala kecanggihan, diari la tempat aku conteng....kononnya itu la telinga besar yang mampu dengar semua rahsia aku...rahsia?? aku pon tak faham rahsia apa kalau ia jadi catatan..

seingat aku dulu sejak form 2 aku mula "rajin" menulis setiap peristiwa yang aku lalui sepanjang hari..

dan seingat aku semua buku catatan aku dari kulit ke kulit penuh dengan "karangan harian"..bagi aku setiap saat yang aku lalui mesti kena catat..

dan seingat aku 4-5 buah buku catatan yang aku ada..semuanya lumat dengan calitan dakwat pen..

tapi sekarang semua buku-buku tu dah hangus terbakar...opps, bukan terbakar...ianya lebih kepada DIBAKAR.



aku berhenti mencatat segala aktiviti dan perasaan harian dalam buku..sejak pandai guna komputer aku cipta "diari" dalam Mic. Word...ya...ini mungkin diari rahsia sebab ia berkunci..oh, bukan kunci bermangga..tapi set dengan password.

kadang-kadang terasa pelik dengan diri kenapa mesti menulis segala emosi dan peristiwa... untuk bacaan di 
masa lapang?? mungkin...ya, kadang-kadang ada masa aku baca balik apa yang aku tulis...

dan diari berkunci ni dah mencapai usia hampir 6 tahun...aku cipta sejak 2007...

itupun sebahagian kisah aku dah padam...tah, aku malu dengan semua peristiwa yang aku lalui sejak 2007-2009


sekarang dalam diari berkunci aku cuma tinggal cerita-cerita sejak 2010-2013...ya, aku rasa 2010 banyak kisah yang membawa pengharapan dalam hidup ku...

namun, kali terakhir aku buka diari ni 26 Feb lepas...lepas tu aku kunci..senyap...

perasaan untuk "mencurah" terbantut...lagipon kisah-kisah kebelakangan ni banyak sangat tentang emosi dan dan kehidupan peribadi...semuanya bernada sedih...aku dah tak mampu nak tulis semua kesedihan tu...

BEZA DULU DAN KINI...

kalo dulu aku suka menulis pelbagai cerita, tentang gembira jumpa pak we tak jadi pon tulis..(kah..kah..kah..), keluar pergi pasar malam pon nak tulis, tengok konsert pun tulis, terasa hati, sakit hati dengan kawan, semua aku maki-maki dan kutuk-kutuk dalam diari...

bila baca balik semua tu, aku rasa malu...lagipon aku bimbang kalau ada orang terbaca semua catatan tu...tambah-tambah bila cerita sakit hati dengan kawan...tak sedap la kalau kawan yang aku bengang tu terbaca apa yang aku tulis...dan sejak tu aku bakar semua diari aku, dan aku bakar semua perasaan sakit hati tu...buat apa nak diingatkan lagi...maafkan saja...lupakan saja...

kini...aku hanya tulis permainan perasaan sendiri...tentang pengharapan dan doa untuk kehidupan ku...tapi kebanyakan catatan terkini hanyalah kesedihan...tiada lagi kisah sakit hati dengan kawan, yang ada cuma cerita sedih tentang diri...arrrghh!!! memang tak perlu aku catat semua disini sebab ia dikunci...

sekarang aku mahu mencari kunci kegembiraan untuk buka diari berkunci tersebut...aku dah tak mampu nak buka diari berkunci tu dengan kunci kesedihan...setiap kali aku terbaca catatan lama, mata sentiasa berair...

-----------------------------------------------------------------

**maaf kerana menyepi dari "dunia" ini...
TQ**maaf diatas penggunaan AKU bagi yang lebih berusia

Enter your link here ^_^




Rabbi Yassir Wala Tu'assir
 
Template Edited By CikguMa ♥ All Rights Reserved © 02 December 2012